Wednesday, June 22, 2011

Kelebihan Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan ^_^

Assalamualaikum,
korg nk tau tak??  Pada setiap bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan ada peristiwa-peristiwa besar dan hebat yang berlaku.
  • Pada bulan Rejab, berlakunya peristiwa Isra’ Mikhraj yang berlaku pada 27 Rejab. Tahun berlakunya Isra’ Mikhraj dipanggil Tahun Dukacita kerana pada tahun itu, Rasulullah s.a.w kehilangan dua insan yang disayangi iaitu isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Maka Allah menceriakan Rasulullah s.a.w melalui peristiwa Isra’ Mikhraj.  Selain dari itu, bulan Rejab ialah berlakunya solat umat Islam lima waktu yang pertama. Sebelum ini, umat Islam hanya bersolat dua waktu iaitu waktu pagi dan petang namun sebaik   sahaja solat difadhukan lima waktu maka dua waktu sebelumnya diharamkan oleh umat Islam    bersolat. Solat pertama ialah solat Subuh, iaitu sebaik sahaja Rasulullah s.a.w kembali dari Isra’  Mikhraj.  

  • Pada bulan Syaaban pula, adanya malam Nisfu Syaaban. Terdapat nas yang berkaitan dengan Nisfu Syaaban yang datang dengan penambahan iaitu pada malam Nisfu Syaaban, malam ke 15 Syaaban, Allah berfirman bahawa sesiapa yang meminta ampun kepada Allah melalui doanya maka doanya akan diperkenankan oleh Allah kecuali tiga golongan iaitu:-
  1. Orang yang syirik kepada Allah.
  2. Orang yang berzina dan tidak bertaubat nasuha. Malahan orang berzina ini meskipun orang lain berdoa untuk dirinya maka tidak diterima oleh Allah.
  3. Orang yang bermusuhan sesama Islam.
  • Bulan Ramadhan adalah satu-satunya bulan Islam yang disebut di dalam Al-Quran. Bulan-bulan lain tidak pernah disebut dalam Islam. Bulan Ramadhan adalah bulan di mana Al-Quran diturunkan, malahan kitab Samawi yang lain seperti kitab Injil, Taurat dan Zabur juga turun pada bulan Ramadhan. 

            Berlaku perselisihan pendapat ulama tentang penurunan Al-Quran di bulan Ramadhan namun
            kata ustaz, biarlah ulama berdebat, kita terima sahaja kerana mereka lebih tahu. Terdapat dua
            pendapat berkaitan hal ini :-
    1. Maksud Al-Quran turun pada bulan Ramadhan adalah Al-Quran dibawa oleh Jibrail di dalam bentuk wahyu untuk diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
    2. Maksud Al-Quran turun pada bulan Ramadhan adalah Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz kepada langit dunia pada bulan Ramadhan.

              Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan besar-besaran. Allah mengampuni semua dosa    
              umatnya yang memohon ampun secara ikhlas kepada Allah kecuali dosa yang berkaitan dengan
           manusia. Bulan Ramadhan juga adanya solat Tarawikh. Solat Tarawikh adalah khusus kepada umat  Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana umat terdahulu tidak diberikan kelebihan solat Tarawikh. Solat Tarawikh tidak mempunyai had berapa rakaat yang boleh dilakukan maka tidak perlu diperdebatkan. Rasulullah s.a.w buat 8 rakaat namun disambung dengan solat sunat di rumah.
      Di bulan Ramadhan, amalan dilipat gandakan. Pada bulan Ramadhan, pahala amalan bagi perkara sunat ialah pahala sunat+pahala wajib. Manakala pahala amalan bagi perkara wajib ialah 70 kali ganda dari bulan-bulan yang lain. Namun begitu, pahala amalan di Masjidil Haram dan sekitarnya ialah 100,000 kali ganda. Masjidil Haram dan sekitarnya adalah satu-satunya tempat di mana umat Islam dapat bersolat tanpa had. Selepas Asar pun boleh solat sunat, tidak seperti tempat lain di mana ia diharamkan.
      WASSALAM~

      No comments:

      Post a Comment