Thursday, July 7, 2011

Petua menghilangkan Sedu ^_^


HUERKK!!HUERKK!! HUK3~ TERSEDU??? hohohohoh~
saye terfikir nak buat tentang SEDU ni sbb orang yang paling saye cayang byk kali tersedu...kesian lak  dgar suara dia dalam telefon.. 
asyik  HERKK!! kejap2 HERKK!! HERKK!! hehehe..kelakar..but love it so much..

Ha!! Nak tau tak kenape??! ape puncanye?? 
Errrrmmmm...  cube tg0k pic bwh nieeee > > ni gambar DIAFRAM kite taw~


  • kalau korg nk taw...  dalam badan kite iaitu otot2 yang berbentuk kubah yang terletak di dasar dada. Diafram ni sentiasa work efficiently...xde masalah.
  • Apabila kite tarik nafas(tengok Inhalation) diafram kite tertarik ke bawah, jadi ia dapat membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru.
  • Bile kite mgHembusKan nafas plak(tengok exhalation).diafram akan menolak udara keluar dari paru-paru cuba tarik dan hembus nafas jAp SmBil imagine camne dia kerja kat dalam badan korang.hohoho~
Tp kannn..... ada masanye..diafram kite Trganggu..& bila ia terjadi..ia membuat prgerakan menarik ke bawah dLm keadaan tersentap. Kesannya, kite telan udara ke dlm kerongkong secara mengejut...mase tu kite kononnya nk suruh sedu tu bhenti, tp makin jadi plak sedunye..apabila udara yang berebut2 
nak masuk tu melanggar kotak korda suara kite..maka tercipta lah bunyi2 bunyian..
HERKK!!?HERKK!!HERKK!! heheheheeee (tringat kat si DIA)

PUNCA TERSEDU

Antara punca tersedu menurut kajian:
  • Menelan terlalu banyak udara(manelah tau ternganga jek)hehe
  • MAKAN secara LAHAP..ikutlah sunnah nabi..sekali makan kunyah sampai lebih 40 kali atau sampai lumat.Baru proses penghadaman senang berlaku dan udara keluar masuk pun tak terganggu.
  • Berasa bimbang atau excited...kalau korg excited sampai bernafas pun dah xtentu...hehehe..relax lah
  • MEROKOK
  • MENGambil ALKOHOL secara berlebihan
Ahhaaa cmne nk ilangkan sedu?? hihihih~
ok caranye cmni,,, lexxx luuuuu~ mule2,,,,,,,,,,,,
  1. tarik nafas sehingga penuh dada dan tahan nafas sambil selawat ke atas nabi muhammad s.a.w.
  2. sambil menahan nafas, telan air liur
  3. jika masih tidak berjaya, tarik lagi nafas dalam dalam sehingga dada terasa kemas
  4. telan air liur lagi
  5. ulang perkara di atas sekali lagi dan jika masih belum berjaya, boleh cuba minum air. Dijamin hilang 100%
 
eh! ada lagi taw petua nak bagi ilang sedu,,hihihihh 
iaitu dengan makan gula or cuka or peanut butter or sos cili or madu  or milo serbuk satu sudu teh..
~ tak pun,,, korg kunyah biji-bijian ( contoh: kuaci, kacang) perlahan-lahan. Ia mungkin berhasil kerana ketika hendak menelan biji-bijian akan merangsang saraf vagus dan membuatkan sedu akan berhenti.
~ lagi satu cara kannnn,,, guna beg plastik >> 
Cuba bernafas secara perlahan dan mendalam didalam beg kertas.(Hentikan jika anda merasa pening) ini akan meningkatkan tahap karbon dioksida dalam darah dan membuat diafragma lebih mengecut untuk membawa lebih banyak oksigen, yang dapat menghentikan sedu.
semoga berjaya dan selamat mencuba(masa tersedu)
~ wassalammm~
lalalallalalalala~ wassalammmm

Wednesday, June 22, 2011

Kelebihan Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan ^_^

Assalamualaikum,
korg nk tau tak??  Pada setiap bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan ada peristiwa-peristiwa besar dan hebat yang berlaku.
  • Pada bulan Rejab, berlakunya peristiwa Isra’ Mikhraj yang berlaku pada 27 Rejab. Tahun berlakunya Isra’ Mikhraj dipanggil Tahun Dukacita kerana pada tahun itu, Rasulullah s.a.w kehilangan dua insan yang disayangi iaitu isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Maka Allah menceriakan Rasulullah s.a.w melalui peristiwa Isra’ Mikhraj.  Selain dari itu, bulan Rejab ialah berlakunya solat umat Islam lima waktu yang pertama. Sebelum ini, umat Islam hanya bersolat dua waktu iaitu waktu pagi dan petang namun sebaik   sahaja solat difadhukan lima waktu maka dua waktu sebelumnya diharamkan oleh umat Islam    bersolat. Solat pertama ialah solat Subuh, iaitu sebaik sahaja Rasulullah s.a.w kembali dari Isra’  Mikhraj.  

  • Pada bulan Syaaban pula, adanya malam Nisfu Syaaban. Terdapat nas yang berkaitan dengan Nisfu Syaaban yang datang dengan penambahan iaitu pada malam Nisfu Syaaban, malam ke 15 Syaaban, Allah berfirman bahawa sesiapa yang meminta ampun kepada Allah melalui doanya maka doanya akan diperkenankan oleh Allah kecuali tiga golongan iaitu:-
  1. Orang yang syirik kepada Allah.
  2. Orang yang berzina dan tidak bertaubat nasuha. Malahan orang berzina ini meskipun orang lain berdoa untuk dirinya maka tidak diterima oleh Allah.
  3. Orang yang bermusuhan sesama Islam.
  • Bulan Ramadhan adalah satu-satunya bulan Islam yang disebut di dalam Al-Quran. Bulan-bulan lain tidak pernah disebut dalam Islam. Bulan Ramadhan adalah bulan di mana Al-Quran diturunkan, malahan kitab Samawi yang lain seperti kitab Injil, Taurat dan Zabur juga turun pada bulan Ramadhan. 

            Berlaku perselisihan pendapat ulama tentang penurunan Al-Quran di bulan Ramadhan namun
            kata ustaz, biarlah ulama berdebat, kita terima sahaja kerana mereka lebih tahu. Terdapat dua
            pendapat berkaitan hal ini :-
    1. Maksud Al-Quran turun pada bulan Ramadhan adalah Al-Quran dibawa oleh Jibrail di dalam bentuk wahyu untuk diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
    2. Maksud Al-Quran turun pada bulan Ramadhan adalah Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz kepada langit dunia pada bulan Ramadhan.

              Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan besar-besaran. Allah mengampuni semua dosa    
              umatnya yang memohon ampun secara ikhlas kepada Allah kecuali dosa yang berkaitan dengan
           manusia. Bulan Ramadhan juga adanya solat Tarawikh. Solat Tarawikh adalah khusus kepada umat  Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana umat terdahulu tidak diberikan kelebihan solat Tarawikh. Solat Tarawikh tidak mempunyai had berapa rakaat yang boleh dilakukan maka tidak perlu diperdebatkan. Rasulullah s.a.w buat 8 rakaat namun disambung dengan solat sunat di rumah.
      Di bulan Ramadhan, amalan dilipat gandakan. Pada bulan Ramadhan, pahala amalan bagi perkara sunat ialah pahala sunat+pahala wajib. Manakala pahala amalan bagi perkara wajib ialah 70 kali ganda dari bulan-bulan yang lain. Namun begitu, pahala amalan di Masjidil Haram dan sekitarnya ialah 100,000 kali ganda. Masjidil Haram dan sekitarnya adalah satu-satunya tempat di mana umat Islam dapat bersolat tanpa had. Selepas Asar pun boleh solat sunat, tidak seperti tempat lain di mana ia diharamkan.
      WASSALAM~

      Sunday, June 19, 2011

      Cerita hantu seram-lawak

      ~ Begini Ceritanya Bermula
      Terdapat sebuah asrama di mana semua pelatih untuk menjadi jururawat tinggal. Mereka-mereka ini masih lagi belajar untuk menempatkan diri sebagai jururawat sekeluarnya mereka dari pusat latihan tersebut. Mereka tidak mempunyai apa-apa masalah di asrama itu sehingga kini.

      Beberapa minggu kemudian, seluruh asrama diarahkan untuk berpindah ke asrama yang lain. Asrama yang lain itu tidaklah terlalu jauh daripada asrama sebelumnya. Arahan ini dikeluarkan atas alasan keadaan bangunan asrama lama yang kurang memuaskan dan khuatir akan mengancam nyawa di mana bangunan itu mungkin sekali akan runtuh.

      Para pelatih pun mengemas barang-barang mereka dan berpindah ke asrama baru yang lebih cantik. Dalam banyak-banyak pelatih jururawat ini, terdapat 3 orang sahabat yang sangat rapat ibarat isi dengan kuku. Mereka ini ialah Nita, Aisyah dan Nurul. Mereka ditempatkan di dorm bernombor 342. Mereka bertiga ni yang peliknya suka sangat bercerita cerita hantu di waktu malam. Bukan itu yang peliknya, yang peliknya ialah sebenarnya mereka ni jenis orang yang sangat penakut. Bak kata pepatah Bunk, "Tak Sedar Diri Lah Katakan". Bayangkan, mereka ni penakut tetapi suka bercerita pasal hantu tambahan pula di waktu malam. Eeee, peliknya.

      Sedar tak sedar, malam pun tiba. Setelah selesai menjamah makanan yang disediakan di dewan makan, para pelatih pun pulang ke dorm masing-masing. Begitu juga Nita, Aisyah dan Nurul. Mereka juga pulang ke dorm mereka. Mereka menyiapkan diri masing-masing untuk tidur. Apabila ketiga-tiga mereka meletakkan kepala di atas bantal, mereka cuba melelapkan mata. Malangnya, ketiga-tiga mereka masih tidak dapat tidur. Apa lagi, mereka pun mulakanlah kerjaya mereka dengan bercerita cerita hantu. Masing-masing ada cerita hantu. Walaupun kaki dah menggeletar dan berpeluh-peluh, tetapi mereka masih menggagahkan diri untuk mendengar cerita hantu yang diceritakan. Tak lama kemudian, tiga sahabat tadi pun tertidur.

      Tepat jarum jam menunjukkan pukul 2.30 pagi, Nita dengan tiba-tibanya terjaga dari tidur yang lena atas alasan hendak membuang air kecil. Malangnya, dorm 342 agak jauh dari tandas. Kisah hantu yang diceritakan oleh Aisyah dan Nurul tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. ini membuatkannya berasa takut untuk pergi ke tandas seorang diri. Dia pun cuba mengejut Aisyah dan diakhiri dengan kegagalan. Kemudian dia mengekut Nurul lalu Nurul menjawab, "Saya mengantuklah, awak pergi la sendiri. Tak ada apa-apa pun. Jangan takut". Dengan kata-kata gramatis yang dilontar itu, Nurul pun menyambung tidurnya.

      Dalam keadaan yang memberanikan diri, Nita pun berjalan menuju ke tandas yang terletak di tingkat bawah. Setiap bulu roma Nita juga menegak dengan jitu dan padu. Akhirnya, Nita pun tiba di tandas. Dia pun masuk tanpa rasa segan dan silu. Semasa dia sedang menunaikan hajatnya, dia terbau sesuatu yang sangat harum. Nita pun menjenguk di luar pintu tandasnya. Dengan perasaan yang amat terkejut dan takut, Nita menutup mulutnya menggunakan tangan untuk mengelak daripada didengari oleh apa yang dia nampak.

      Nita melihat sesuatu yang menyerupai manusia sedang duduk bertinggung mencuci pakaian. Rambutnya panjang dan berwarna putih. Nita teringat akan kata-kata ibunya, jika ternampak sesuatu yang aneh, cubalah tegur. Nita pun bergerak perlahan-lahan ke arah wanita itu dan menegur, "Siapakah kamu?". Tiada jawapan diterima. Tanpa berputus asa, Nita bertanya lagi, "Kenapa kamu Berada Di Sini?". Masih tiada jawapan diterimanya. Pertanyaan ketiga Nita pun dilontar, "Apa Yang Bau Wangi Sangat Ni?". Akhirnya, wanita itu melihat ke wajah Nita dan berkata "Makcik Guna Sabun DAIA baru, Lupekan yang Lain".

      Rupa-rupanya mak cik tua itu menumpang di tandas asrama itu untuk mencuci pakaian kerana bekalan air di rumahnya yang tidak jauh dari situ terputus bekalan air. Nita pun berasa lega dan menuju pulang ke dormnya. Tidur Nita lena sungguh malam itu.
      .::.tamat  kiikikikiikikikkikik~

      Khasiat coklat - menggemukkan atau tidak?

      ~pagi ni sy breakfast coklat,,..sedapnyeeee,,,sambil wt keje mkn coklat ni,,toblerone,,dah lembik sy mkn gk,,kikiikik
      tgh syok2 mkn kepala duk fikir nape org kate coklat tu menggemukkan,, betul ke??
      klau mkan berlebihan la kannnnn,,, sbb kandungan gula yang terdapat dalam coklat boleh mendatangkan kemudaratan dalam diri korang. contohnye: meningkatkan berat badan, merosakkan gigi ataupun diabetes.tapi yang itu coklat susu. coklat yang biase korang makan tu. macam cadbury. kalau makan coklat susu, kuantiti haruslah dikurangkan. sebab kandungan dalam coklat tu dah ditambah untuk menyedapkan lagi rase coklat.Tapi, berlainan dengan dark coklat. dark coklat nie xde susu yang menggemukkan tu. rase die lebih pade pure chocolate. camniiii >>>

      jom intai ape lak khasiat coklat.
      1. Mengandungi antioksida, dapat menjaga jantung dan menurunkan tekanan darah. ia nya disumbangkan melalui kafein yang terdapat dalam coklat.
      2. Ia juga mencegah bermulanya penyakit alzheimer dan mengurangkan risiko kanser payudara
      3. Agen anti stress dengan hanya menghidu bau coklat!
      4. Meningkatkan hormon dan membuatkan korang rase gembire dan jatuh cinte! oh!
      5. Melembut, melembap, menguatkan dan menghaluskan kulit....

      bez x? bez kan? tapi yang nie untuk dark chocolate je ye kawan2. cadbury pon da kuarkan dark chocolate dan harge die pon agak mahal berbanding coklat biase sebab khasiat die lagi tinggi!next entry, coklat untuk kecantikan.

      Berbohong dan Menghampiri Zina



      Rasulullah S.A.W telah melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram (dihalalkan nikah antara keduanya) daripada berkhalwat (berdua-duaan di tempat yang boleh dikategorikan sebagai terhindar daripada halangan untuk melakukan maksiat yang berlaku antara lelaki dan wanita). Larangan yang dikemukakan oleh Rasulullah S.A.W  dalam hadithnya ini yang menggunakan lafaz nahi (tegahan) membawa maksud pengharaman perbuatan berdua-duaan yang dimaksudkan tersebut. Berikut merupakan hadith-hadith yang menggambarkan pengharaman tersebut:
      1.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat makan janganlah berkhalwat dengan wanita yang tidak ditemani oleh muhramnya (lelaki yang haram dinikahinya).
      2.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari: Janganlah sesiapa dikalangan kamu (lelaki) berkhalwat dengan wanita yang bukan muhram antara keduanya melainkan sekiranya wanita tersebut ditemani oleh mahramnya.